Sunday, December 20, 2015

Kisah kelahiran Iman

Hebatnya susunan Allah

Kini ummi tahu apa sebab wanita mengandung diberi keuzuran, bukti rahmahnya Allah kepada manusia.

Kisah sebelum kelahiran Iman

Saat itu ummi seperti terpilih dalam misi khusus tarbiyah. Orang-orang yang terpilih ini  akan diuji banyak perkara dan  alkisahnya bermula apabila ummi terpilih dan dikatakan berjaya melepasi ujian-ujian tersebut.

Tiba-tiba ummi terasa diuji kembali apabila ummi mendapat arahan bersiap siaga untuk bermalam di luar pada hari yang sama juga, Allah taqdirkan Iman keluar ke bumi.

 Subhanallah Allah datangkan rasa tak sedap hati pada hati ummi, ummi rasa seperti ummi akan bersalin, sedangkan kalau dilihat pada tarikh Iman akan keluar adalah seminggu  awal. Allah datangkan satu lagi tanda, yang membuatkan ummi yakin Iman akan keluar hari ini. Setelah abi pulang dari solat zohor  air ketuban Iman mengalir tak henti-henti, pengalaman kali pertama yang sangat mendebarkan.

Ummi dan abi segera bergerak ke klinik el zuddin, di Abbas aqad kaherah. Al kisahnya, abi ketika itu pergi dalam keadaan tak bersedia untuk menyambut kelahiran Iman sebab banyan barang keperluan take dibawa, abi pulang semula ke rumah untuk mengambil passport ubat-ubatan ummi.

Alhamdulillah pengalaman yang tak dapat dilupakann saat detik-detik terakhir sebelum Iman dilahirkan ke bumi. Ketakutan ummi pada jarum sangat teruji saat itu. Alhamdulillah, ummi sedar selepas abi panggil dan mengatakan " Alhamdulillah baby girl selamat dilahirkan". Saat itu ummi rase seperti mahu sujud syukur, semoga anak ummi menjadi anak yang solehah, hafizah dan da'iyatun ilallah di atas muka bumi ini.

Wednesday, November 25, 2015

SYUKUR




وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
( Surah Ibrahim :7)


Muhasabah ummi

Tanggal 27 Sept 2014 Allah mempertemukan aku dengan seorang pendamping hidupku, yang dahulu aku sering tertanya- tanya siapakah gerangan si dia, siapakah gerangan jejaka yang Allah tentukan untukku capai cita-citaku, harapan menggunungku terhadap islam dan agenda hidupku.

Teringat sebelum hari itu, aku beristikharah dan dalam doaku aku mengulang-ulang satu doa ini.  اللهم اعزنا بالاسلام واعز الاسلام بنا
Maka berlalulah sesi suai kenal antara aku dan dia. Pelbagai rasa pengalaman bersuai kenal dengan insan yang tidak pernah kita kenal sebelum ini, sehinggakan Allah kurniakan kepada kami satu rasa yang ramai merasainya, mawaddah wa rahmah. Alhamdulillah.

Masa berlalu sangat pantas, kini pada 29 Nov 2015 kami telah bertukar gelaran...kami telah menjadi ummi dan abi kepada seorang bayi kecil bernama Iman bt Muhammad Hafizuddin. Pengalaman melahirkan Iman sangat ajaib, subhanallah hanya Allah sebaik-baik penolong dan pemudah urusan.

Saat mendebarkan dan dalam keadaan pertama kali itulah yang terjadi. Alhamdulillah Allah permudahkan kelahiran Iman ke dunia. Semoga dikau menjadi da'eiyatun ilallah di atas muka bumi ini.


Friday, November 13, 2015

2 minggu 1hari

Anak huffaz

Setiap hari, waktu pagi, tengah hari, petang, malam bacakan satu surah pendek daripada al quran. Pada hari ke 5 tukar surah lain. Dan begitulah seterusnya.

Ummi dah bacakan pada Iman surah alfatihah setiap 5 waktu solat. Semoga Allah jadikan Iman seorang hafizah Quran. Lagi 2 hari kita akan masuk surah all ikhlas insyaAllah.


Tanggal 17 Muharram 1437 Hijrah, lahir ke dunia Iman binti Muhammad Hafizuddin Bin Jamil Bin Sakmin.Semoga Allah menjadikan Iman waliNya yang mendirikan solat,dan taat ibu bapa, menjadikan Iman dari kalangan hambaNya yang bertaqwa, melindungi Iman dan zuriatnya dari syaitan yang direjam, maka perkenankanlah wahai Tuhan akan doa kami dan aminkanlah doa ini wahai sekalian muslimin.